Unit pergerakan harga terkecil dalam pasangan mata wang. Kebanyakan pair, 1 pip = 0.0001. Pair JPY, 1 pip = 0.01.
Apa itu Pip?
Pip (percentage in point) ialah unit standard untuk mengukur perubahan harga dalam pasaran Forex. Kebanyakan Pasangan Mata Wang, 1 pip = perpuluhan keempat (0.0001). Pair JPY, 1 pip = perpuluhan kedua (0.01). Contoh: EUR/USD dari 1.0850 ke 1.0851 = naik 1 pip.
Mengira Nilai Pip
Bergantung pada pair, saiz Lot dan mata wang akaun. Standard lot (100,000 unit) EUR/USD, 1 pip = $10 (lebih kurang RM 47). Gunakan Kalkulator Nilai Pip untuk nilai tepat.
Mengapa Pip Penting
Pip ialah cara trader ukur untung, rugi dan risiko. Level Stop Loss dan Take Profit juga ditetapkan dalam pip.
Istilah Berkaitan
Pipette
Sepersepuluh daripada pip. Perpuluhan kelima (0.00001) untuk kebanyakan pair.
Spread
Perbezaan antara harga bid (jual) dan ask (beli). Kos utama dagangan.
Lot
Unit standard saiz dagangan. Satu standard lot = 100,000 unit mata wang asas.
Bid-Ask Spread
Perbezaan bid dan ask. Sama dengan spread.
Pasangan Mata Wang
Harga satu mata wang berbanding mata wang lain. EUR/USD tunjukkan berapa USD untuk beli 1 EUR.